Home

LATAR BELAKANG

   Jabatan Teknologi Maklumat dan Stor Negara telah ditubuhkan pada 15hb. Januari 1996 berikutan dengan pencantuman Jabatan Stor dan Perbekalan Negara dan Bahagian Teknologi Maklumat Kementerian Kewangan. Sebelum percantuman tersebut pengurusan Stor dan Perbekalan bermula semenjak 1945 dibawah Jabatan Pertanian dan pada tahun 1957 Jabatan Stor dan Perbekalan Negara telah ditubuhkan.Pada 1 Januari 1993, tiga unit komputer dalam agensi kerajaan iaitu daripada Agensi Pelaburan Brunei, Unit Perancangan Ekonomi dan Jabatan Perbendaharaan digabungkan menjadi Bahagian Teknologi Maklumat dalam Kementerian Kewangan. Pada 1 Januari 1994, Unit Pembekalan Alat Pejabat dan Alat Tulis daripada Jabatan Perbendaharaan seterusnya dipindah kepada Bahagian Teknologi Maklumat Kementerian Kewangan.

 

 

 

Hj Mahmud Bin Hj Mohd Daud, SMB,PSB,PIKB

Pengarah Teknologi Maklumat Dan Stor Negara